Dalami Diri Anda, Terokai Minda Anda
Asslammualaikum..
Tahniah kerana anda telah masuk ke langkah pertama untuk berjaya dalam hidup anda. Pernahkah kita terfikir tentang perkara yang pernah kita lakukan? Apakah kita sedar tentang apa yang kita lakukan sekarang? Adakah anda sentiasa berfikir mengenai perkara yang akan anda lakukan di masa hadapan?
Jika jawapan anda adalah YA!. Maka anda adalah insan yang sentiasa berusaha untuk mengubah corak kehidupan anda. Diri anda adalah medium untuk mengubahnya tetapi minda anda adalah nadi untuk menggerakkannya. Mari kita berfikir sejenak, kita selami diri kita dan persoalkan diri kita. Apakah pencapaian yang telah kita capai pada 3 tahun yang lalu dan apakah pencapaian yang bakal kita capai untuk 3 tahun mendatang?.
Jika 3 tahun yang lalu anda adalah seorang guru, apakah 3 tahun mendatang anda juga seorang guru. Jika 3 tahun yang lalu anda adalah seorang kerani, apakah 3 tahun mendatang anda tetap sebagai kerani. Adakah kita selesa dengan pencapaian yang kita ada sekarang atau adakah kita masih ingin mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup kita. Sudah pasti setiap insan mempunyai impian tersendiri. Akan tetapi adakah kemampuan kita setaraf dengan impian kita atau kemampuan kita tidak mampu untuk mencapai impian kita?
Oleh itu, demi mencapai impian kita maka kita harus berusaha untuk memaksa diri kita agar mampu merangkak ke arah impian kita. Tetapi persoalannya bagaimana?.
Adakah anda percaya jika saya mampu mengajak anda untuk mengubah corak kehidupan anda agar anda mampu mencapai apa yang anda impikan? Daya pemikiran yang positif pasti mampu mengubahnya. Jika selama ini, kewangan anda hanya bergantung pada gaji sahaja. Adakan anda percaya jika saya mampu menambah sumber kewangan anda lebih dari gaji anda?. Ini bukan cerita dongeng ataupun mitos tetapi ini adalah realiti. Jika anda benar-benar ingin berjaya maka anda tidak akan teragak-agak untuk mengetahuinya.
Perniagaan adalah sumber kewangan yang paling berjaya. Tetapi, tanpa mentor atau guru yang berjaya dalam perniagaan maka kita tidak akan mampu untuk berjaya. Tidak kira jika anda adalah insan yang berpendidikan tinggi, tetapi jika anda baru dalam sesuatu perniagaan maka anda harus belajar untuk menjayakannya. Mendengar nasihat dari seorang yang berjaya pasti akan membawa anda ke arah kejayaan tetapi jika anda mendengar nasihat dari seseorang yang gagal pasti anda akan terheret bersama kegagalan tersebut.
Di sini kami dari Great Kenyalang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan insan-insan yang betul-betul ingin mengubah taraf hidup mereka. Kami juga adalah insan biasa malahan anda mungkin lebih tinggi tahap pendidikan, pekerjaan dan pencapaian dari kami. Namun kami sedia membantu anda untuk keluar dari masalah kewangan yang anda hadapi.